Tuesday, November 29, 2011

"Jangan Bersedih"

Kadangkala..
Hidup kita akan terus ditimpa masalah..
Masalah keluarga, dunia serta sahabat..
Tapi, apakah tindakan kita untuk mengatasinya?

Kadangkala..
Hidup kita dirundung pilu serta duka..
Gelora di atma semakin berkocak..
Ingin keluar dari pilu dan duka..
Apakah ada jalannya?

Kadangkala..
Hidup kita perlu berusaha..
Berusaha mencari kebahagiaan serta ketenangan..
Ingin mencari kejayaan di dunia serta akhirat..
Tapi, apa yang perlu aku lakukan?

Semuanya ketentuan ALLAH..
Hanya ALLAH yang tahu segalanya..
Hidup, mati, pasangan atau kejayaan..
Semuanya ALLAH yang menetukan..
Kita sebagai hambaNya yang taat..
Redha dan bangkitlah atas segala yang telah berlalu..
Jangan Bersedih..

                                                                                         HASIL NUKILAN: 2089

Untukmu sahabat....

Sahabat..
Engkaulah penyeri hidupku..
Kau umpama permata berharga untukku..


Sahabat..
Aku mahu mengekalkan ukhwah yang sedia terjalin..
Merapatkan jurang yang pernah tercipta di antara kita..
Aku mahu kita berjaya..
Aku mahu kita bahagia..
Aku mahu kita bersama ke syurga ALLAH..


Sahabat..
Tidak kira susah atau senang..
Kau tetap berada disisiku dan setia menemaniku..


Sahabat..
Jika aku telah melukakan hatimu, Maafkan lah diriku ini..
Aku ingin kita bersama mengecapi kejayann di dunia serta akhirat ..
insya ALLAH...
AMIINN...


                                                                                                                hasil nukilan: 2089

Monday, November 28, 2011

welcome home!

 Petang yang hening lagi dingin akibat daripada hujan yang turun dari pagi tadi, Muzalifah Solehah (ifa), terbaring malas.Ifah terlihat ibunya sibuk mengemas dapur yang berselerak.Ibu baru selesai membuat kek coklat kegemarannya.Ifah sudah lama tidak merasa keenakan kek coklat masakan ibu.
"Ifah, mari makan!" ibu seraya memanggil Ifah. "kejaplah ibu.." Ifah membalas dengan selamba badaknye.Ibu beredar untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. "Ibu solat dululah." Ibu beredar pergi ke kamarnya.Dalam keseronokkan menonton televisyen , perut Ifah berkeroncong, "Aduh! Perut aku aku buat konsert la pulak." rungut Ifah. Dia berlalu menuju ke dapur lalu bergegas mengambil pinggan serta sudu untuk memakan kek kegemarannya."Urm..nikmatnya!" kata Ifah.Dalam keasyikan menikmati kek itu, ibu datang tanpa Ifah sedari,lalu.."Hah!", sergah ibu dengan tiba-tiba." Opocot!" latah Ifah." Ibu ni, nasib baik Fa tak de sakit jantung, kalau ade memang Fa da jalan dululah nampaknye.." tegah Ifah."Ibu tengok Fa tu syok sangat makan kek tu sampai tak perasan ibu datang.."."Sape suruh ibu masak sedap sangat?"."Dah, jangan lupe solat lak nanti.."."Okie Dokie!" kata Ifah.Ibu berlalu ke kamarnya.Ifah meneruskan suapannya. Suapannya terhenti apabila dia terdengar bunyi deruman enjin memasuki perkarangan rumahnya."Sape yang datang  tu?" Ifah berlalu pergi melihat siapa yang datang .Sebuah teksi membawa penumpang yang tidak dikenalinya,"orang jahat ke?" Ifah sedang mengawal diri yang dalam ketakutan."Assalamualaikum!" kedengaran seseorang sedang memberi salam."Alamak!" Ifah sudah meluru masuk ke biliknya. Tanpa dia sedari, dia telah telanggar ibu yang sedang turun ke bawah untuk melihat siapa yang datang." Siapa tu?" tanya ibu, "Entahlah ibu, ibu pegilah tengok, Fa takot tu orang jahat je, bye ibu!" Ifah terus berlari ke atas."Fa,Fa." keluh ibu.Ibu seraya pergi ke arah pintu."Assalamulaikum I..."" ABANG!" Ibu terkejut seraya memeluk abang setelah melihat kedatangan yang mengejut itu."Kenapa tak beritahu ibu yang abang nak balik? " ibu bertanya." Abang saje je nk buat suprise " beritahu abang.




                                                                                                                          bersambung....